Tuesday, September 9, 2008

Kahwin.....

Bila terbaca buletin atau terlihat gambar kat blog ataupun friendster,terdetik kat hati ni bila lihat kawan2 yang lain kebanyakkannya dah jumpa dan bersatu dengan pasangan masing2.Tak kurang juga ramainya yang dah punya sekurang-kurangnya seorang anak hasil perkahwinan mereka.Tahniah dan jujurnya aku turut cemburu apabila melihat. Sedangkan di hati ini mahu turut merasai kehidupan berkeluarga.Namun begitu, ia bukanlah semudah yang disangka, banyak perkara yang perlu diambilkira dalam soal ini. Pertamanya, adakah aku memilih orang yang tepat dan adakah dia tetap akan bersama kita ke akhir hayat.Keduanya, mampukah aku untuk memilih dan mengalas tanggungjawab baru tambahan dengan apa yang ada.Ketiganya,dapatkah aku mengaharunginya andai terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.Namun aku minta pada tuhan dijauhkan sama sekali dari berlaku perkara2 sebegini, tambahan lagi tidak ada seorang manusia yang mahu hidup sengsara dan menderita. Walaupun, hakikatnya ada beberapa sahaja orang yang tahu masalah yang aku hadapi ini, ada yang menyokong juga ada yang membantah.Dalam fikiran aku ini, mereka punya pendapat sendiri begitu juga aku, aku hargai segala teguran, pendapat dan juga nasihat. Terfikir juga kenapa aku diberikan cabaran dan dugaan yang aku rasakan berat ini. Tapi aku merasakan yang sekiranya aku dapat sesuatu tanpa berusaha atau dengan mudah maka ia juga tidak akan kekal, kalau aku sukar untuk dapatkan sesuatu maka aku akan berusaha mendapatkannya maka aku akan lebih menghargai setiap detik yang ada itu. Lalu, segalanya akan ku tanggung, aku yakin tuhan tidak akan membiarkan hambanya sendiri. Jika inilah jalannya maka aku redha dengan segalanya. Yang pasti, aku pasrah dan akan terus berusaha. Berbalik pada hal kahwin ni kalau si dia tanya aku jawab jer bukan aku tak mahu tapi masa yang menentukan.Kalau ada jodoh kita tetap bersama dan kalu tidak aku doakan kau bahagia dengan wanita lain.